Isnin, 5 Oktober 2009

6 Perkara Allah sembunyikan


041009 : No problem, walaupun Hari ini Ahad yang sepatutnya hari istirehat tetapi menjadi hari yang paling sibuk daripada pagi hingga ke malam. Selepas urusan di tempat kerja, pukul 4.00 petang, kami suami isteri ke Kluang atas urusan kesihatan dan kami sampai di rumah tepat jam 12. 00 malam. Sebelum melelapkan mata, membaca emel sekejap dan tertarik dengan satu emel yang di forward oleh seseorang:-


Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri danberkata: 'Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.' Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud... 'Tidak' . Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.'

Kemudian Jibrail as berkata: 'Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?' Lalu Allah berfirman yang bermaksud.. 'Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal...' Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud: 'Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? ' Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. 'Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meski pun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .'

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan...

Sesungguhnya Allah S.W.Ttelah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.


* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.


* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.


* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.


* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).


* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

10 ulasan:

aznaz berkata...

salam ayah zain..

alhamdulilah..sesungguhnyer satu informasi yang amat berguna untuk kita renungkan bersma..jadi marailah kita bersam sama mengerjakan perintahnyer dan menjauhkan larangannyer...semoga kita semau di berkati olehNyer..insyalah

waslam

Ayah Zain berkata...

Salam Manzlie

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (QS:103:1-3)

Semoga kita sama-sama mencari 6 perkara yang disembunyikan oleh Allah swt itu.

rezeki berkata...

salam az,

itulah kekuasaan Allah dalam mentadbir sekalian alam ini,

Subahanallah, Allhuakbar

Unknown berkata...

tentu ler ada hikmahnya yg lebih besar drpd apa yg disembunyikan tu ,kalu tak kita hanya tumpu amalan pd yg dijelaskan saja ler .

CM berkata...

salam AZ

tulah terasa sibuk yer AZ,mana pi tak aktif di Mekah..


banyak lagi rahsia Allah yg kita manusia tak dpt capai dan tahu.Allah maha mengetahui segalanya..

Ayah Zain berkata...

Salam CR,

Betul, benarlah bagai di kata.
Allah maha besar

Ayah Zain berkata...

Salam UH,

Itulah Allah yang maha bijaksana, dia mahu ciptaannya berusaha dan befikir. sebab tu dia bagi akal, hati, roh dan jasad serta nafsu

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

kalau semua dahan, ranting pokok menjadi pen, air lautan menjadi dakwat, kita tak dapat menuliskan semuanya itu.

Asnija berkata...

Salam Ayah Zain,
Best nyer N3 AZ ni...terasa menusuk ke dalam hati...terima kasih ye AZ...

AZ dah habis posa? Saya baru terkedek-kedek 3 hari ni...

Busy betul AZ....tapi kalau aktif...selalunya otak jadi awet muda....

Ayah Zain berkata...

Salam Datin,

ada-ada saja datin ni mengusik saya awt muda (tapi memang awt muda pun ngeh ngeh ngeh)

Posa? belum lagi, tinggal 2 hari lagi. Cabaran hebat lah tahun ini nak berpuasa sunat syawal. Azam nak sambung besok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...