061009 : Masih ingat lagi peristiwa kemalangan yang menimpa suami kepada salah seorang staf ayahzain beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri dan mendapat liputan di Harian Metro? Petang tadi ayahzain berpeluang bertemu mangsa kemalangan tersebut. Beliau kelihatan tabah dan reda menerimanya. Semoga Allah akan mempermudahkan urusannya selepas ini. Kini beliau sedang membiasakan dirinya dengan ketiadaaan kedua-dua belah kakinya. Kadang-kadang terasa kesakitan dan kadang kala sehingga sampai ke tulang punggung kengiluannya. beliau akan menjalani fisoterapi dan apabila sembuh, beliau akan berpeluang untuk menggunakan kaki palsu. Beginilah keadaan kakinya yang hancur akibat digilis oleh sebuah lori yang membawa lebih muatan. Gambar ini di ambil sejurus sebelum pembedahan dilakukan.
4 ulasan:
salam az,
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. ini adalah cabaran yg sgt hebat dan besar dari Allah SWT utknya.
semoga beliau dan ahli keluarganya tabah menghadapi dugaan ini
ini mengingatkan dan menginsafkan saya bahawa apa saja dimuka bumi ini hanyalah pinjaman, Allah boleh menariknya kembali segala nikmat yg diberikan kepada sesiapa pun dengan sekelip mata sekiranya ia mengkehendakinya.
semoga kehidupan beliau dan keluarga, dan juga kita semua sentiasa di bawah kerahmatan dan keberkatan Allah SWT
salam AZ,
insaf nyer..pagi tadi masih lagi solat subuh sambil berdiri...esok nyer solat subuh dah kena sambil duduk....macam kata rezeki, semua ini hanya pinjaman...
Salam CR
Sesungguhnya kadangkala kita melupai nikmat yang di beri Allah. Ya Allah ya Tuhanku aku mengakui segala nikmat-nikmat yang kau limpahkan kepada ku dan aku mengakui segala dosa-dosa yang telah aku lakukan. Oleh itu Engkau ampunilah dosa-dosaku ya Allah
Salam Asnija
Benarlah kata-kata mu itu.
Catat Ulasan