Ahad, 25 Oktober 2009

TLDM(3)

251009 : Kita lihat pulak pada hari ke 3. Pagi-pagi lagi selepas sarapan kami menaiki lori TLDM ke suatu tempat yang tidak diketahui. ermmmmmmmm, suspens. AZ tak naik lori lar tapi naik heheheh.


Nak ke mana ni Sargen

Tak sampai-sampai ke lagi ni

La, kami di bawa ke jeti TLDM. Nak naik kapal TLDM ke

la, betul la, kita orang naik ke kapal TLDM - KD Samudera

Duduk baik-baik - jatuh karang  : x do capo nak tolong



La dah nak balik ke






Bergambar kenangan

Begitulah pakej 2 hari satu malam di KD Samudera. Kami belayar di Perairan Selat Melaka. Satu pengalaman yang tidak boleh di dapati di mana-mana. Program tahun lepas pelajar tidak berpeluang menaiki kapal tetapi tahun ini, kuasa Allah, impian kami tercapai. Antara aktivit di dalam kapal ialah latihan kecemasan, (pucat budak-budak ni, ambil masa tau, kena marah sebab lambat), aktviti sukan - tarik tali le, sampai nak gaduh gaduh budak2 ni kata tak adil heheheh. Membaca kompas dan sebagainya. Sebelum naik kapal pada hari pertama, kami sampai tepat pada masanya ketika Upacara menaikkan panji-panji. Pada ketika itu semua pegawai TLDM sangat serius, Mereka amat menghormati bendera yang akan di naikan. Muka mereka garang ala-ala harimau gitu. Kecut juga masa tu bila pegawai yang dah biasa ngan AZ tiba2 berubah sikap. Tapi lepas tu ok kembali. Sayang banyak gambar-gambar yang rosak kerana masalah teknikal.

2 ulasan:

comel berkata...

Salam,
Semoga pengalaman ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar2 tersebut

Ayah Zain berkata...

Salam Comel,

bebudak ti sekarang berada di matrikulasi dan IPTA atau IPTS. semoga mereka berjaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...