Khamis, 29 Oktober 2009

Relaks jap (3)

291009 :

Eh eh , ada ikan kaloi kat rumah kawan AZ nih.
Jom kita nyanyi dulu


Wahai Perigi
perigi airnya biru
tempat bermain
bermain pari dan mambang
mohon izinkan hamba merayu ibu
izinkan hamba merayu ibu
bagi penawar hatiku yang bimbang
wahai bonda ibu kandungku

Wahai bondaku
bondaku si ikan kaloi

Timbullah bonda
ooh timbullah tunjukkan diri

nasi melukut dengan sayur keladi
nasi melukut sayur keladi
untuk bondaku di pagi hari

Wahai bonda ibu kandungku
 

Semenjak beliau bersara 3 tahun yang dulu, baru kali ini dapat bersua muka dengan sahabatku ini. Sahabat yang sama-sama di IPTA kemudian sama-sama bertugas di tempat yang sama malah kami menunaikan fardhu haji pun bersama juga. Terlalu cepat masa berlalu. Kini, isteri beliau juga telah bersara 7 bulan yang lalu. Mereka tinggal berdua seperti kami kerana anak-anak bertugas di tempat yang lain. Hampir 1 setengah jam kami meluangkan masa dengan pelbagai cerita namun yang teruja ialah kisah beliau suami isteri menunaikan umrah awal ramadahn yang lalu selama 15 hari. Beliau menceritakan saat yang paling mencabar  semasa pemeriksaan imegresen Arab Saudi di Jeddah. Hampir 8 jam baru mereka dapat melepasi imegresen tersebut. Kaki lengoh tidak terkira, penat berdiri, duduk, penat duduk mencangkung, nasib baik sudah bersahur di dalam kapal terbang. Seolah-olah mengambil pasport antarabangsa lagaknya kerana proses chop jari kedua ibu jari tangan, tak cukup lepas itu kena chop 10 jari tangan. Nasib baik kesemua jari kaki tidak diminta chop sama. Ambil gambar semula dan pelbagai lagi. Seterusnya semasa di Makkah, beliau menceritakan pengalaman berhadapan dengan pencopet di kalangan orang Rohingya (agak beliau) sebab bukannya mereka yang berkulit hitam tapi ala-ala orang asia. Mereka berkumpulan 5 orang. Orang pertama akan berpura-pura menegur dengan muka penuh simpati di samping tangannya cepat melakukan 'kerja' bila dapat passkan kepada orang kedua dan seterusnya dengan begitu pantas sekali. Bila tersedar duit sudah tiada lagi.
Beliau kini bz dengan aktiviti baru iaitu mengusahakan ladang kelapa sawit di belakang rumah sementara isteri beliau menguruskan pokok-pookok  bunga dan kini beralih arah kepada tanaman orked pula. Pendek kata suami isteri hidup rukan aman dan bahagia. Mereka sangat berbangga kerana kami datang menziarahi beliau di sana. Ikan kaloi di atas menjadi teman permainan di kala rindu sambil mendengar lagu si ikan kaloi.


Wajah warga emas yang tenang dan ceria.
Nanti senang-senang datang lagi ke Parit Jawa ni.
Hati-hati di jalanraya. Anda mampu menmgubahnya

p/s: Tazkirah tv satu  pagi tadi, penceramah berpesan kepada semua jemaah haji/umrah apa-apa yang berlaku di Tanah Suci perlu reza - kejadian buruk / tidak selesa ada hikmahnya, ingat pada Allah. Jangan berprasangka - semuanya itu ujian Allah. Bak kata P. Ramlie - cobaan, cobaan, cobaan.
Di sini AZ teringat dengan doa  Proff MKI setiap kali hendak melakukan sesuatu perkara/ aktiviti beliau akan berdoa dengan berdoa bersungguh-sungguh. Di Tanah Suci Proff MKI selalu melafazkan 'Allahumma yassirni wala tu assir ' permudahkanlah  aku ya Allah'. Jangan Engkau rumitkan aku ya Allah.. Bacalah sungguh-sungguh hingga menitiskan air mata.

Di Tanah Suci berdoalah dengan bahasa yang kita fahami, bahkan bukan sahaja doa tetapi ucapan kita juga adalah doa. Oleh itu jangan tersalah cakap walaupun dalam hati kerana adanya 'di bayar cash'. Jadi di sana kita hanya minta yang baik-baik belaka. Insya Allah. Allah akan menolong, membantu kerana Allah itu maha pengasih, maha penyayang. Allah sangat suka hambanya meminta, merintih dan sebagainya kepada Nya. Ingatlah di dalam al-Quran ada banyak ayat-ayat yang menyeru manusia meminta pertolongan kepadaNya.

.............dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (bagimu). Dan cukuplah Allah menjadi Penolong (bagimu). (QS An-Nisa {4}:45)

18 ulasan:

aznaz berkata...

salam ayahanda..

jgn terperanjat..kekadang cap jari kaki pun di amik jugak...heheheheheh


waslam

Ayah Zain berkata...

Salam Lie,

Biar betul. Ok kalau gitu, lepas ni Lie kena citer la pulak hal-hal kat imegresyen dalam n3 lie. Sebenarnya pengalaman ni jarang di dengari. AZ tak leh bayangkan kalau sampi 8 jam baru siap, kadangkala 12 jam pun ada.

rezeki berkata...

salam az,

mmg itu prosedurnya sekarang, dh mcm nak masuk usa pulak.
ini juga dicerita oleh kakak saya semasa menunaikan umrah baru2 ni, tapi alhamdulillah, tak lama. tapi jemaah dr indonisia sebelum tu katanya dah 24 jam tersangkut kat imigresen.

Ayah Zain berkata...

Salam CR,

Betul tu tn Ismet. Pagi tadi sempat berbual dengan imam surau. masa dia umarh awal Ramadan dulu pun sama. Dia nasib baik cuma setengah jam sahaja dah lepas tapi ada sorang ahli rombongan dia hampir 4 jam baru lepas. Tapi dia kena tunggu juga. Dia kata ikut bahagian masing2lah tuan. Kadang2 dia rasa pihak imgersen tu macam main2 pulak, orang bangsa dia bertengkar juga.

Unknown berkata...

salam AZ ..
petang semalam ummi dah pegi berurusan (bayar deposit)untuk kesana .. suami ajak naik motor ajer , cpat sikit tak kena jem , apalagi balik rumah terus demam ..mgkn ramai org yg ummi berurusan smalam tak sihat , batuk2 dll.
N3 AZ kali ni amat berguna sekali sebagai panduan untuk ummi akan datang ..

CM berkata...

salam AZ

CM tak nak cerita pasal imegresen,CM suka lagu tuuuu!!!!!,CM teringin nk jadi bawang merah,eeeh,salah bukan bawang merah ,bawang besau.bolehkan!!???

pas lagu ikan kaloi,Cm nk nyanyi lagu ni ,tujukan untuk seseorang..dipetik dr pilem bawang putih bawang merah,masa tgh berbuai tu..

Pohon beringn tumbuhnya tinggi
Bila rendang cecah ke bumi (2X)
Laju laju buai laju
Akulah anak yatim piatu

Buaiku laju
Buaiku laju
Aku nak kawin dengan anak raja
buailah...

hehehehehe,ampuuuuun lagu ni untuk ciklie...just joke dear.AZ nyanyi sama!!!

Asnija berkata...

Salam AZ,
Saya pun pernah merasa..kitorang sume tak kena check apa-apa pong....tapi si Afro, kena ambik sume cap jari tangan dia...memang macam main-main je nak kenakan dia, sebab dia suruh buat itu dan ini, dan ambik gambar dari pelbagai angle sambil gelak-gelak ngan senyum-senyum...

(Eh...saya harap bila tua...saya pun kekal romantis cam tu...sambil berdua-duaan main buai, dan beri makan si ikan kaloi...)

PSSS....Mas...CL nak kahwin anak raja? Raja mana???? Mas nih...sensasi, terkini, sebenar, semasa...ngalahkan radio 24 bernama plak....

haticantik berkata...

Salam....saya salah seorang kumpulan yang bersama2 menunaikan umrah bersama Ustad Hairudin Ramadhan semalam..memang betul pengalaman yang diceritakan kawan CIk AZ tu...ahad semalam baru beraya ke rumah Ustad Hairudin..Salam perkenalan

miza zain berkata...

ish,da lama x berjumpa dengan ustaz hairuddin dengan wife die...dulu selalu dtg rumah die mkn durian..hehe

Atikah berkata...

SAlam AZ...

Ketatnya kawalan imigresen kat sana...

Ayah Zain berkata...

salam uh,

semoga urusan uh dipermudahkan Allah. az sekadar berkongsi.

Ayah Zain berkata...

salam CM,

amboi-amboi my faveret lady ni, siap dengan main buai lagi. adus, seram az. Takut kalau cm main buai, buainnya tercabut, tak sanggup melihat CM jatuh tergolek-golek, afeez juga nak kena tolong angkat.

Ayah Zain berkata...

Salam Datin,

ermm datin ni kan dah makan tomato. tengok betul2 CM tulis apa tu, CM yang berangan nak kawin dengan ngan anak raja dulu, tp tak kesampaian.

CL dan kukuh cintanya dengan yang maha esa, cintan cintun dia dah tolak tepi.

Ayah Zain berkata...

Salam Haticantik.

wow welcome to my palace lovelyheart. Salam perkenalan. terima kasih datang umah ayahzain yang tak seberapa ni (pinjam ayat afeez),

Nanti selalu2lah datang melawat yer.

Ayah Zain berkata...

Salam miza zain,

ooo selalu makan durian umah ust hairudin yer. nanti musim buah durian jangan lupa datang
yer

Ayah Zain berkata...

salam atikah,

tu ler. kata imam tadi, dia senang aje lepas kawalan, tak sampai setengah jam. Grup az dulu pun sama tapi masa tu turun kat madinah. kekadang pak arab ni suka ikut dia jah, macammain-main pulak. Datin pun kata macam tu - kena kat afro dia tuh.

Noor berkata...

Salam AZ..

apa habaq.. dah lama tak meninggalkan jejak.. bertandang selalu.. tinggal jejak je tak nyempat.. orang estet ramai yang cuti p haji.. cheq kena take over motong gotah 5/6 ekar.. heh heh

cite pasai immigresen nie kan.. ikut nasib lah.. bebanyak berzikir dan berdoa biar mintak disegerakan segala urusan.. orang arab nie memang karek skit.. so, bila sampai depan depa, kena buat muka 'toya' dan sayu serta bagi salam.. lepas tu kena selalu merendah diri dengan cakap 'syukran'.. 'teng kieu'.. suka benar dia orang.. selalu nyer dia orang akan kata.. 'Malayzie good'.. heh heh.. kembang kuncup hidung cheq..

Ayah Zain berkata...

Salam Noor,

Lama Noor x mai umah az nih. Ghindu ler. Lain kali janganlah buat macam ni tak menjenguk langsung.

tu ler, tazkirah pagi tadi kat TV 1 pun cakap macam noor tuh. Kena sabar, ingat itu adalah cobaan. Kena pikir apa sebab berlaku kepada kita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...