Ahad, 18 Oktober 2009

Lagi rumah terbuka

181009 :  Suasana Hari Raya di Johor memang meriah. Rumah terbuka terus di adakan walaupun musim haji mulai tiba. 24 Oktober penerbangan pertama jemaah haji di jangka akan bermula. Selagi Shawal belum menghilangkan diri, selagi itulah tradisi rumah terbuka ini diteruskan.





Antara hidangan yang menyelerakan disediakan oleh tuan rumah. Mee goreng, roti dengan serawa durian, koktel, ayam goreng rempah


Tuan rumah seronok menceritakan hobinya

Tetamu seronok mendengar




Ini dia hobi tuan rumah. Mengumpulkan kereta mewah mainan. Nak beli yang original, tunggu lain tahun. Siaran tv pun pasal kereta. Channel Turbo daripada astro. Suami isteri minat yang sama. Alhamdulillah.

ni siapa nak jawab? Kura-kura kat dapur tuan rumah. Sempat cilok gambar masa buat-buat g hantar bekas makanan n basuh tangan. Tuan rumah kata, kalau macam ni tidak payah pasang langsir pintu dapur. ngeh ngeh.

6 ulasan:

My Life berkata...

rumah terbuka lagi??? ayah zain2...
jaga2 makan... jaga2 kesihatan tu...

Ayah Zain berkata...

Salam My Life,

Ada. ada banyak lagi ni n3 rumah terbuka yang menunggu.

Dont worry, AZ ingat pesanan tu, sebab Az tak makan, ambil bau sahaja. AZ p snap gambar aje. ngeh ngeh ngeh ngeh.

CM berkata...

salam AZ

kita ni pi rumah terbuka,bukan nk makan sangat kan!!!kita nk jumpa kawan2 rapatkan ukhwah,kadang2 setahun sekali baru terjumpa,tapi tu lah diriku selalu gagal menahan selera,kalau saya pi umah kawan AZ tu ,mesti saya renung roti serawa tu,hmm sedap yerr...

AZ makan yg mana??

Ayah Zain berkata...

Salam CM,

Betul tu, bukannya hidangan yang menjadi idamanan tetapi merapatkan silatulrahim. Tuan rumah tak sudah-sudah kata, sudi juga en zain datang rumah saya.

Lor apa pulak tak sudinya, kita dah datang pun.

Bila kita nak balik, terima kasih en zain, nanti senang-sennag en zain datang lagi yer.

Tuan rumah gumbira senyum sampai ke telinga bila melihat ramai tetamu yang datang. hilang penat mereka membuat persediaan. Macam kita juga ler, kita suka sangat kalau tetamu datang menjengah.

Tapi kalau tidak di makan, tuan rumah akan berkata, tak sudi ke? siapa nak jawab tuh.

AZ makan serawa durian tu hehehheh. mana bisa di tahan seleranya kok.

Atikah berkata...

Salam AZ,

Rajin AZ menolong tuan rumah, sampai ke dapur tu... Tak cuci pinggan sekali ker? kih.. kih...

Rezeki AZ, p dapur, dpt snap anak kura2... bukan senang nak dpt tu... :)

afeezz berkata...

mak oi.... menu dia menarik nyer, part roti ngan serawa deghoyan tu yg tak tahan tuh... kak mas lalu belakang pon tak perasan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...