Sabtu, 31 Oktober 2009

Datin oh Datin Nija

311009.

..........Dia mencucuk orang, lepas tu bekas jarum tu tercucuk kat dia pulak sampai berdarah......so, apa agaknya dalam fikiran you...sampai dia menangis-nangis macam tu..."


Kalau  you, apa you buat?" Soal Mr M kepada saya spontan.
 
Aduh!!! aduh!!! duh!!! duh!!  kalau saya? Saya pun tak leh menjawabnya. Terkedu!, hatiku hancur. Hancussssss sehancusnya. Hati ku menjadi pilu seperti dihiris sembilu. Ngilunya tidak terperi. Apakah ini ujian Allah untukku? Mengapakah ujian seberat ini ditimpakan kepadaku? Ya Allah, Ya Tuhanku  Engkau ampunilah aku. Sesungguhnya aku tidak berdaya  menempuh ujian yang berat ini. Engkau ampunilah segala dosa-dosaku. Sesungguhnya aku mengakui segala dosa-dosa yang telah aku lakukan selama ini, oleh itu Engkau ampunilah aku. Sesungguhnya tiada Tuhan yang lain dapat mengampunkan dosa-dosaku kecuali Engkau ya Allah.
 
Petikan di atas dipetik daripada blog Datin Asnija semalam yang bertajuk rumah api. Saya ingat datin pergi berbulan madu di Rumah Api. Rupanya cempedak menjadi nangka. Ya Allah, memang saya terkedu seketika, tidak tahu hendak berkata, selera hendak makan sate pun terbantut namun kerana ajakan isteri diikutkan juga. Memang rezeki tiada kerana Warisan Sate House di Pekan Sanglang tutup. Agaknya rumah sate ini tutup pada setiap hari Jumaat. Maklumlah malam sebelum malam sunat, mungkin kepenatan. (Jahat sungguh fikiran ini yer. prasangka itu bisikan syaitan)
 
Lantas kereta pesona metal grey mrszain  beraleh arah ke bandar Pontian. Namun sampai di Sungai Ayer Baloi hati ini tergerak untuk singgah di Restoran Nelayan di Pinggir Sungai Ayer Baloi. Suatu tempat yang berpotensi menjadi daya tarikan baru di Ayer Baloi.
 

Cantiknya suasana menjelang senja (baru lepas hujan ni)
budak-budak tu nak turun memancing. Moga di Ampuni Allah, Maghrib dah nak dekat tuh.
Kobau tu belom bagi makan laeiiiiiiii

Sinar lembayung senja, amat mengasyikan sekali.
kenapa tak tergerak nak ke sini sebelum ini?
oh Sungai Ayer Baloi kau cantik rupanya

  meehoon Tomyam.
 Sedap nya tidak terkira jom Datin, selera dah mula nak mai ni

Mengapa melalut pulak sampai ke situ, apa hal dengan kes Datin Nija tadi? Sebagai seorang Islam, kita tiada pilihan kerana kita adalah hamba kepada Allah. Allah menciptakan manusia yang telah terikat dengan janji-janji untuk menjalankan perentahNya dan meninggalkan laranganNya seperti yang telah dinyatakanNya lebih daripada 1400 tahun yang lalu.

Sesiapa yang dijauhkan azab daripadanya pada hari itu, maka sesugguhnya Allah telah memberi rahmat kepadanya; dan itulah kejayaan yang jelas nyata. Dan jika Allah mengenakan (menimpakan) engkau dengan bahaya bencana, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat menghapuskannya melainkan Dia sendiri; dan jika Ia mengenakan (melimpahkan) engkau dengan kebaikan, maka Ia adalah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dan Dia lah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dangan tadbir dan takdir); dan Dia lah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam PengetahuanNya. (QS: Al An'aam: 6:16-18)

Saya merasakan kejadian itu semuanya ketentuan Allah. Kita percaya kepada Rukun Iman ke 6 iaitu Percaya kepada Qada dan Kadar Allah. Jadi kita hanya mampu meminta pertolongan kepada Allah. Berusaha dan terus berusaha mencari penawarnya.
 
.......... Dan cukuplah Allah sebagai Pengawal yang melindungi, dan cukuplah Allah sebagai Penolong (bagimu) (QS An-Nisa : 4 : 45) 
 
Di sini saya mengesyorkan kepada kawan Datin agar anak kawannya  Mr.M  itu  di bawa ke pusat mencuci darah agar darah anaknya yang tercemar itu  dapat dibersihkan seberapa segera yang boleh sebelum darah itu semakin tercemar dengan virus yang tiada penawarnya setakat ini. Saya mencadangan Pusat Rawatan Terapi Ozon sebagai satu alternatifnya. Kita hanya berusaha, Allah yang menyembuhkannya. Allah penawarnya. Kita berusaha, ubat dan sebagainya hanyalah penyebab sahaja.
 

Rawatan Terapi Ozon
Perhatikan yang berwarna hitam itu adalah  darah kotor yang masuk ke mesen pencuci dan menghasilkan darah bersih yang berwarna merah itu. Sekiranya darah kita bersih ia akan keluar seperti yang berwarna merah itu. Sekiranya hitam bermakna darah kita mengandungi toksin yang perlu dinyahtoksinkan. Satu daripadanya ialah melalui Rawatan Terapi Ozon.


Tabung oksigen yang dimasukan ke dalam saluran darah kita.

Pendek kata berusahalah menjaga kesihatan kita. Kita hanya sedar yang sesuatu itu amat berharga apabila kita kehilangannya. Itu memang lumrah alam, apabila ayah atau ibu kita tiada lagi, barulah kita merasai kehilangannya.

Oleh itu selagi ada ibu dan ayah kasihilah mereka. Berbaktilah kepada mereka. Hari ini selepas Majlis Restu, mr&mrszain akan bertolak semula ke Kuala Lumpur menziarahi ibu yang kini berada di HKL. Harap teman-teman pembaca dapat mendoakan kesejahteraan ibu mertua ayahzain ini.

 Kita hanya boleh merancang namun yang menentukannya ialah Allah SWT yang maha pengasih dan Penyayang. Asalamualaikum. Kita berjumpa lagi kemudian, Insya Allah.
 

Khamis, 29 Oktober 2009

Relaks jap (3)

291009 :

Eh eh , ada ikan kaloi kat rumah kawan AZ nih.
Jom kita nyanyi dulu


Wahai Perigi
perigi airnya biru
tempat bermain
bermain pari dan mambang
mohon izinkan hamba merayu ibu
izinkan hamba merayu ibu
bagi penawar hatiku yang bimbang
wahai bonda ibu kandungku

Wahai bondaku
bondaku si ikan kaloi

Timbullah bonda
ooh timbullah tunjukkan diri

nasi melukut dengan sayur keladi
nasi melukut sayur keladi
untuk bondaku di pagi hari

Wahai bonda ibu kandungku
 

Semenjak beliau bersara 3 tahun yang dulu, baru kali ini dapat bersua muka dengan sahabatku ini. Sahabat yang sama-sama di IPTA kemudian sama-sama bertugas di tempat yang sama malah kami menunaikan fardhu haji pun bersama juga. Terlalu cepat masa berlalu. Kini, isteri beliau juga telah bersara 7 bulan yang lalu. Mereka tinggal berdua seperti kami kerana anak-anak bertugas di tempat yang lain. Hampir 1 setengah jam kami meluangkan masa dengan pelbagai cerita namun yang teruja ialah kisah beliau suami isteri menunaikan umrah awal ramadahn yang lalu selama 15 hari. Beliau menceritakan saat yang paling mencabar  semasa pemeriksaan imegresen Arab Saudi di Jeddah. Hampir 8 jam baru mereka dapat melepasi imegresen tersebut. Kaki lengoh tidak terkira, penat berdiri, duduk, penat duduk mencangkung, nasib baik sudah bersahur di dalam kapal terbang. Seolah-olah mengambil pasport antarabangsa lagaknya kerana proses chop jari kedua ibu jari tangan, tak cukup lepas itu kena chop 10 jari tangan. Nasib baik kesemua jari kaki tidak diminta chop sama. Ambil gambar semula dan pelbagai lagi. Seterusnya semasa di Makkah, beliau menceritakan pengalaman berhadapan dengan pencopet di kalangan orang Rohingya (agak beliau) sebab bukannya mereka yang berkulit hitam tapi ala-ala orang asia. Mereka berkumpulan 5 orang. Orang pertama akan berpura-pura menegur dengan muka penuh simpati di samping tangannya cepat melakukan 'kerja' bila dapat passkan kepada orang kedua dan seterusnya dengan begitu pantas sekali. Bila tersedar duit sudah tiada lagi.
Beliau kini bz dengan aktiviti baru iaitu mengusahakan ladang kelapa sawit di belakang rumah sementara isteri beliau menguruskan pokok-pookok  bunga dan kini beralih arah kepada tanaman orked pula. Pendek kata suami isteri hidup rukan aman dan bahagia. Mereka sangat berbangga kerana kami datang menziarahi beliau di sana. Ikan kaloi di atas menjadi teman permainan di kala rindu sambil mendengar lagu si ikan kaloi.


Wajah warga emas yang tenang dan ceria.
Nanti senang-senang datang lagi ke Parit Jawa ni.
Hati-hati di jalanraya. Anda mampu menmgubahnya

p/s: Tazkirah tv satu  pagi tadi, penceramah berpesan kepada semua jemaah haji/umrah apa-apa yang berlaku di Tanah Suci perlu reza - kejadian buruk / tidak selesa ada hikmahnya, ingat pada Allah. Jangan berprasangka - semuanya itu ujian Allah. Bak kata P. Ramlie - cobaan, cobaan, cobaan.
Di sini AZ teringat dengan doa  Proff MKI setiap kali hendak melakukan sesuatu perkara/ aktiviti beliau akan berdoa dengan berdoa bersungguh-sungguh. Di Tanah Suci Proff MKI selalu melafazkan 'Allahumma yassirni wala tu assir ' permudahkanlah  aku ya Allah'. Jangan Engkau rumitkan aku ya Allah.. Bacalah sungguh-sungguh hingga menitiskan air mata.

Di Tanah Suci berdoalah dengan bahasa yang kita fahami, bahkan bukan sahaja doa tetapi ucapan kita juga adalah doa. Oleh itu jangan tersalah cakap walaupun dalam hati kerana adanya 'di bayar cash'. Jadi di sana kita hanya minta yang baik-baik belaka. Insya Allah. Allah akan menolong, membantu kerana Allah itu maha pengasih, maha penyayang. Allah sangat suka hambanya meminta, merintih dan sebagainya kepada Nya. Ingatlah di dalam al-Quran ada banyak ayat-ayat yang menyeru manusia meminta pertolongan kepadaNya.

.............dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (bagimu). Dan cukuplah Allah menjadi Penolong (bagimu). (QS An-Nisa {4}:45)

Rabu, 28 Oktober 2009

Kecilnya dunia ini

271009 : Hari ini saya terkejut sakan sebab melihat gambar-gambar Majlis Graduasi yang dibuat di Putera Jaya. Seolah-olah pernah aku lihat tetapi di mana yer. Jubah graduasinya warna biru. Dekat mana pulak aku lihat jubah biru itu? Puas aku mengingatinya seperti pertama kali melihat wajah Afeez dulu yang begitu familiar rupanya. Tetapi di mana yer.  Masya Allah! rupanya   aku pernah melihatnya di blog Cikgu Pinat. Terus saya meneliti gambar-gambar Majlis Graduasi itu. Confirm, rupanya Cikgu Pinat  mengajar di sekolah anak saudara ayahzain. Lagi mengejutkan Cikgu Pinat mengajar   si budak Nurul di kelas 5 Delta. Ermmmm dunia-dunia kecil sekali dunia ini. Cikgu Pinat juga terkejut, tahap gaban lagi.  Hehehhe, Really? kata cikgu Pinat. Hello Cikgu Pinat,  adik ayah zain (ayah si nurul) tu memang kita ni adik beradik tapi punya ibu   lain-lain dan ayah pun  asing-asing.orang kata apa? saudara sepusat sepusing? n ngeh, h, ngehNamun wajah ibu Nurul tu sejibik macam wajah kakak sulung ayahzain. Alhamdullillah.


ceria betul si budak nurul ni, dah bosa kau yer


mesti ini si penyempurna Majlis Graduasi


Si nurul sedang menerima Sijil


oh Lihatlah dunia,   dapat juga aku memperolehi sijil Graduasi ini.
 Putera Jaya menjadi saksinya


Bersama kakak ku. Alahainya penuh ceria, cantik berseri-seri


Hati ibu dan ayah berbunga penuh kegumbiraan. Semoga anak saudaraku ini berjaya mencapai straight A1 dalam SPM 2009 dan seterusnya dapat melaanjutkan pelajaran di IPT terkemuka di Malaysia. Amin.

Cikgu Pinat, cikgu kena pastikan si nurul itu berjaya dalam SPM nanti.  Insya Allah

jangan baca



buat apa tuh? menulis di lantai, sudah tidak ada meja ker.

"Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur".  (QS al A'raaf:7:17)

281009 : Padanlah mengapa kehidupan kita/masyarakat begini. Saban hari kejahatan berlaku disekeliling kita. n3 cikgu mAs pada 20 Oktober 'sungguh kejam syaitan merah itu'  adalah antara bukti mereka yang telah terpedaya dengan pujukan iblis kerana Iblis telah bersumpah dan berjanji di hadapan Allah bahawa mereka akan menyesatkan kita agar kita sama-sama menyertai mereka ke dalam Neraka Jahanam.  Iblis akan memujuk rayu kita dari segala sudut, di depan, di belakang, kanan dan kiri kita. Sebab itulah mengapa begitu mudah kita terpedaya dan tergoda untuk melakukan perkara yang tidak diredhai Allah. Syaitan/iblis tidak akan berhenti mengoda manusia sehinggalah manusia menuruti kemahuan mereka.

Jadi apa kaitan gambar di atas itu? Itulah antara mereka yang termasuk dalam ayat di atas. Mereka yang terlalu mudah tergoda dengan hasutan syaitan. Khabarnya mereka ini telah menyelinap ke asrama puteri pada pukul 3.00 pagi. Ketika guru-guru asrama sedang nyanyak tidur tetapi mereka ini tidak mahu tidur dan pada waktu kelas mereka akan berehat seperti ini.



Untuk apa mereka tidak tidur? hanya mereka itu sahaja yang mengetahuinya. Apabila di soal siasat mereaka menafikannya. Apabila pelajar telah menafikan, ibu bapa akan mempercayainya dan akan menyalhakan pihak sekolah. Ibu bapa akan datang bersama mereka yang arif tentang perundangan dengan pelbagai taktik untuk melepaskan anak-anak mereka daripada tuduhan. Ibu bapa tetap menyalahkan pihak sekolah kerana tidak menjaga anak-anak mereka di asrama. Guru asrama buat apa? Kami jauh, kalau dekat senang kami nak pantau, blah blah blah.


Hello tuan/puan, pukul 3.00 pagi, guru asrama itu, guru yang mengajar di kelas, besok kalau guru tak larat nak mengajar, tuan/puan boleh tolong datang ajar ker. Guru asrama hendak tidur juga.


Selasa, 27 Oktober 2009

anak-anaku (3) khidmat masyarakat

271009 : Hari ini pelajar-pelajar tingkatan 3 mengadakan aktiviti di luar maktab. Bukan main gembira mereka dapat keluar daripada kawasan sekolah. Peluang yang tidak disia-siakan. Mereka terlibat dengan aktiviti khidmat masyarakat. Mereka di pecahkan kepada 3 kumpulan besar. Dua kumpulan akan membuat aktiviti di Masjid Ayer Baloi dan Masjid Pulai Sebatang dan satu kumpulan lagi berbakti di 32 buah rumah yang telah dikenalpasti di Kampong Parit Maklumi.



Pukul 8.00 pagi - taklimat daripada Pengetua
'Jaga tingkah laku, kawal disiplin diir, jangan bagi malu tokeh'



10.30 pagi. Sedang berehat rupanya.
Pengerusi masjid dan Guru besar sekolah agama Ayer Baloi mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana kesudian membenarkan pelajar-pelajar membersihkan kawasan masjid dan sekolah agama Ayer Baloi. (Sekolah agama ini terletak dalam kawasan masjid)


10.50 pagi - di Masjid Pulai Sebatang - pelajar juga sedang berehat dan nak mula minum pagi.
"Penat lah juga membersikhan kubur sebelah tuh. Pelajar puteri buat kerja membersih dalam masjid, tak kena matahari"



Penduduk tempatan sedang mengaihan makanan untuk pelajar.

Selepas melawat dua buah masjid tersebut, AZ melihat pula aktiviti di rumah-rumah penduduk kampong Pt Maklumi. Wah di sini nasib mereka berbeza-beza ada yang kena kerahan tenaga, ada yang dok relak - bergantomg kepada tuan rumah. Ada tuan rumah kesihan nak bagi bebudak tu buat kerja. Paling sedih ada pula membenarkan pelajar menonggang motosikal. Ternyata ada juga arahan yang dilanggar oleh pelajar. Budak-budak lah dikatakan. Nasib baiklah tiada apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku.



Basuh periok tu bersih-bersih. Hingga menciurkan bunyi.


buat apa tu pakai tukul besi. La guna tukul besi siang siput sedut.

Kami dah abih buat kerja lah ayahzain. Pak chik ni suruh main2 dengan kambing

tuan rumah. Ketua Kampong tuh.


  kambing baka janapari ni suka posing. Kacukan kambing India dengan Indonesia.




Budak2 ni rajin la, lepas sidai kain, mop lantai


Baby pun tidor lena di dodoikan oleh budak2 tuh.
 
la, kena kerahan tenaga kat ladang sawit la pulak


Tu dia pandai budak2 ni buat kerja


makan time


Pendek kata saya amat berpuas hati dengan prestasi bebudak ni. Tak banyak cerita apa yang saya suruh buat semuanya dia buat.


menu mee jawa rebus. Sedap tuh


Siap dah siput sedut masak kicap

Rojak buah

sup
;
uitm goreng

Basuh jangan tak basuh

relaks lah kejap, ponek la.


TLDM (5)- saat perpisahan

271009 : setelah 5 hari 4 malam berkampung di Pusat Latihan TLDM, sampailah masa berpisah. Bertemu dan berpisah adat manusia biasa, moga kita bertemu di lain masa. Terima kasih tidak terhingga kepada Komander Jamil Abdul Rahman selaku Pengarah Pusat Latihan, para pegawai , dan para jurulatih yang bertungkus lumus memberikan tunjuk ajar kepada kami semua.








TLDM(4) - latihan memadamkan api


Sesi taklimat  - cara-cara memadamkan api menggunakan fire distingusher

ha tu dia - perfecto

jangan takut-takut - tembak jer



tu dia api yang hendak dipadamkan. Panas tuh


Sedang menunggu giliran.

                                                          
ambik kau - guna alat ni kena ramai-ramai, kalau idak - sendiri mahu ingat la

Pelajar-pelajar tingkatan ini terus menerima tunjuk ajar daripada jurulatih di Pusat Latihan TLDM Lumut. Sesi di atas ialah aktiviti memadamkan api. Seronok pelajar-pelajar mencuba untuk memadamkan api yang marak itu. Semoga pengalaman ini dapat dijadikan manfaat untuk kehidupan di hari muka apabila saat-saat sebegitu berlaku.

Isnin, 26 Oktober 2009

aromanya keras sekali, mencucuk hidung.

261009: Buka pintu rumah semasa balik kerja petang tadi, hidungku terangsang dengan aroma yang sungguh mengasyikkan. Macam-macam aroma terbau yang datangnya daripada dapur. Di dapur mrszain sibok memperlakukan sesuatu.


kenal?
siap bercambah lagi tuh.
Padan lah baunya keras sangat


pucuk ubi siap di potong-potong


tepung beras


sedang mengadun


siap untuk di goreng



siap untuk dihidang / di makan



habis/khalas
ala umi umaira,   az dah makankan untuk ummi.
tak dapek juga nak bagi CM, CL dll.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...